Tuesday, June 21, 2011

SELAMAT HARI BAPA

MAHFUZ BIN SHAARI , bagi aku beliau adalah seorang lelaki yang paling hebat pernah dilahirkan di muka bumi ini . Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan 8 orang anak anak beliau dengan hanya menggunakan pendapatan beliau yang beliau peroleh semaasa bertugas sebagai guru sekolah . Dulu beliau hanya tinggal di kuarters guru bersama dengan isteri beliau iaitu RUKIZAH BINTI BUANG , Beliau tinggal bersama isteri beliau dan membesarkan anak anak beliau yang bernama JULIANA , NORELIZA , SYAMSUL YUSNI , SITI RAFIDAH , MUHAMMAD AZZAD dan MUHAMMAD HANIF . Beliau telah menggunakan pendapatan beliau sebagai seorang guru sambil dibantu oleh isteri beliau dengan menjual ais krim kepada murid murid sekolah itu untuk membesarkan dan mendidik anak anak beliau . Apabila satu ketika , isteri beliau didapati mengandung dan beliau telah merancang untuk membina sebuah rumah untuk keluarga beliau , beliau telah menggadai kereta saga yang dimiliki beliau sebagai modal untuk membina rumah tersebut . Tepat pada 4.02 a.m seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh isteri beliau dan kebetulan pada waktu itu , rumah yang dibina oleh beliau telah pun siap dan semenjak itu , keluarga beliau telah berpindah ke rumah yang baru siap dibina itu . Bayi itu telah diberi nama MUHAMMAD FARHAN dan usia rumah itu sama dengan anak lelaki bongsu beliau sekarang iaitu sudah 19 tahun .

Di atas adalah sedikit pengenalan tentang ayah aku , hehe ,aku ingat lagi masa kecik kecik dulu kalau ayah baru balik dari sekolah mesti ayah belikan aku jajan , tiap tiap hari dia belikan aku jajan , hehe , dulu abang aku cakap masa aku umur 3 tahun ,aku ni tak pandai cakap lagi sampai abang aku cakap aku ni bisu ke ? time tu ayah aku sound abang aku , HAHA , dulu masa kecik pendiam tapi sekarang dah besar macam kera tak dapat pisang doe aku HAHA . dulu masa aku nak masuk darjah satu masa tu ayah aku dah pindah sekolah , ayah naik pangkat jadi guru besar dekat sekolah lain , sekolah yang aku belajar tu , dulu ayah aku jadi guru disiplin , hehe , nasib baik ayah pindah kalau tak direct je aku kena denda . HAHA , ingat lagi dulu darjah satu aku taknak pergi sekolah sebab takut dengan cikgu india muslim , dia ajar english , aku takut dengan dia sebab dia pernah rotan aku dekat dalam kelas HAHAHA , sejak tu aku fobia gila dengan cikgu tu . and since aritu jugak la aku meraung taknak pergi kelas sampai ayah aku pergi jumpa guru besar suruh tukar kelas , aku masuk kelas 1 KENANGA dari 1 CEMPAKA sebab kat situ ada anak cikgu yang mak aku jaga , perempuan pulak , comel doe sekarang . hehe . kecik kecik aku selalu main sama sama dengan dia sebab mak aku jaga dia en , hehe .

actually ayah aku nie cool je orang nya , aku rasa tak pernah dia pukul aku , mak aku je yang pukul hehe , ganas dol mak aku tapi mak aku baik laaa , mintak duit mesti bagi , hehe , ayah aku apa kurang nya kalau aku nak main futsal mesti aku mintak ayah aku , mula mula dia akan cakap dia takde duit lepas tu nanti dia akan datang jumpa aku then mesti bagi rm10 kat aku , hehe , see baik kan ayah aku . and fyi ayah aku ni boleh dikatakan terkenal jugak la dekat area meru tu , direct je kalau kat sekolah , mesti cikgu akan tanya aku anak sape lepas aku cakap aku anak cikgu mahfuz mesti dia akan suruh kirim salam , haihh bosan aku HAHA .

hasil titik peluk ayah akuu , sekarang keluarga aku telah hidup senang , taklah terlalu kaya tapi rezeki tu masih ada untuk hidup . hehe , kakak sulung aku dah ada 2 anak , kakak kedua aku ada 5 anak , abang ketiga ada 4 anak , kakak keempat ada 1 anak , abang abang atas aku nie pun dah nak kahwin , aku bila lagi laaa . hehe . kalau boleh aku nak stay dekat rumah yang aku duduk sekarang dengan isteri aku sebab kakak kakak aku cakap rumah tu memang ayah buat untuk aku so dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga rumah tu and for sure jaga mak and ayah aku en , takkan aku tak boleh jaga mak ayah aku kalau mak ayah aku boleh jaga 8 anak anak dia . aku bersyukur sangat sebab lahir dalam keluarga ini :)




keluarga kami sekarang :)

No comments:

Post a Comment